Jumaat, 6 Mac 2015

SILAP

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG...

Semua manusia yang hidup di muka bumi ini pernah melakukan kesilapan dalam hidup masing-masing. Jadi kita sebagai manusia perlu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. Orang selalu bercakap "Siapa Yang Melupakan Sejarah Pasti Akan Mengulanginya".

Kesilapan saya yang masih saya ingat adalah semasa di sekolah menengah. Selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat. Tetapi saya tidak dapat buat keputusan untuk memilih kelas aliran sains ataupun aliran sastera (akaun).


Ibubapa saya lebih menggalakkan saya untuk mengambil aliran sains kerana mudah untuk sambung belajar serta mudah mendapat pekerjaan seperti abang-abang dan kakak saya. Saya pun mengikut pilihan ibubapa saya untuk belajar di kelas aliran sains.

Pada mulanya saya dapat menserasikan diri dalam kelas tersebut dan bab permulaannya masih mudah. Ia bermula apabila saya gagal dalam peperiksaan biologi dan kimia hanya lulus dalam fizik pada peperiksaan pertengahan tahun. Dan berlarutan hingga ke peperiksaan akhir tahun. Saya dimarahi oleh ibubapa saya dan saya rasa malu dengan rakan sekelas serta cikgu kerana tidak pandai.

Pada minggu-minggu terakhir persekolahan, saya berjumpa dengan kaunselor dan penolong kanan untuk melakukan pertukaran kelas ke aliran sastera (akaun). Ia dihalang oleh cikgu kerana takut saya tidak dapat sempat belajar semula subjek ting 4 kerana pada tahun depan ting 5 dan akan hadapi SPM. Tetapi saya berkeras dan mahu juga bertukar aliran serta berjanji akan membuat yang terbaik. Jadi saya ditukarkan ke aliran sastera.

Syukur Alhamdullilah kepada Allah S.W.T kerana berkati pilihan saya. Dan saya mendapat SPM 7A campur dan 2 C campur. Selepas itu laluan saya berubah, saya ke Kolej Matrikulasi Perlis aliran perakaunan dan ke UKM dalam ekonomi.

Orang selalu bercakap kepada saya, kalau saya tidak tukar aliran dahulu entah apa nasib saya sekarang ini. Walaupun saya buat kesilapan pada mulanya tetapi Allah telah memberi petunjuk kepada saya.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan