Jumaat, 27 Mac 2015

TANGGUNGJAWAB

 Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Pada Isyak ini saya ingin menceritakan tentang tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Setiap hamba Allah mempunyai tanggungjawab terhadap Allah (hubungan dengan Allah) dan manusia (hubungan sesama manusia) serta dengan alam.
  • Tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Setiap manusia perlu bertanggungjawab sebagai hambaNya. Bagi orang Islam mereka perlu solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat bagi yang mampu dan melakukan haji bagi yang berkemampuan. Jika sebagai hambaNya tetapi tidak mengikut perintahNya maka akan mendapat dosa serta tidak bertanggungjawab terhadapNya. Selain daripada tanggungjawab yang wajib seperti di atas, manusia juga perlu menjaga akhlak kerana tanpa akhlak maka seseorang itu tidak akan menjadi bertanggungjawab. Seperti melakukan tugas dengan amanah, tidak berbohong dan sebagainya.
  • Tanggungjawab dengan manusia.
Setiap manusia perlu menjaga hubungan dengan semua manusia. Ini kerana manusia mempunyai tanggungjawab sesama mereka. Tanpa mempunyai rasa tanggungjawab sesama manusia maka manusia tidak dapat teruskan hidup jikalau mementingkan diri sendiri. Manusia perlu membantu antara satu sama lain. Contoh apabila seseorang sakit terlantar di hospital dan sahabat yang rapat, keluarga akan melawat serta membawa buah tangan untuk meringankan beban orang yang sakit.
  • Tanggungjawab dengan alam. 
Manusia perlu menjaga alam ciptaan Allah dengan sebaiknya kerana telah dipertanggungjawabkan. Ini kerana pernah terdapat cerita benar dimana sewaktu Al-Quran hendak diturunkan kepada gunung yang besar pun gagal memikul tanggungjawab itu. Jadi Allah telah memberikan tanggunjawab itu kepada manusia kerana mereka mampu memikulnya. Seterusnya manusia perlu menjaga alam ini kerana mereka lemah. Manusia tidak boleh merosakkan alam sesuka hati dengan mencari gali minyak dengan banyak, melepaskan asap terbuka, asap kenderaan dan lain-lain pencemaran.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan