Jumaat, 13 Mac 2015

ULANG TAHUN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

Saya ingin berkongsi tentang hari istimewa bagi saya sekeluarga. Bagi saya hanya mempunyai hari istimewa untuk hari ulang tahun kelahiran.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi ulang tahun kelahiran saya.



Hari istimewa bagi saya akan berlaku pada setiap bulan Oktober. Tetapi kerap kali pada bulan Oktober saya terpaksa makan kek hari jadi pada malam hari kerana ia berlaku pada bulan Ramadhan. Walaupun ia disambut pada malam hari tapi kemeriahannya dapat dikongsi bersama keluarga. Ini kerana ibubapa saya tidak pernah membuat sambutan hari jadi secara besar tetapi cukup hanya kepada ahli keluarga sahaja.

Pada tahun ini saya masih berumur 19 tahun kerana belum menyambut ulang tahun yang ke-20 pada Oktober ini. Jadi pada masa sekarang saya masih di peringkat remaja dan akan memasuki alam dewasa. Orang selalu bercakap apabila tiba suatu hari jadi seseorang maka beliau akan makin pendek umur dan bukannya panjang umur. Oleh kerana itu, mereka mengucapkan semoga panjang umur atau semoga Allah selamat kan kamu.

Tentang hadiah hari jadi pula saya tidak kisah yang penting agar dapat kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat serta mendapat redha Allah dan ibubapa.

Setakat ini sahaja perkongsian saya,

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan