Jumaat, 20 Mac 2015

BERAS OH BERAS....

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG...

Kita semua mesti sudah biasa dengan makanan yang bernama beras ni. Beras merupakan makanan ruji @ asasi bagi masyarakat Malaysia dan Asia. Jika anda tahu bahawa Thailand merupakan pengeluar beras terbesar di dunia.

Bagi negara Malaysia, beras (nasi) merupakan makanan wajib untuk dimakan setiap hari. Namun pengeluaran beras di Utara Malaysia iaitu di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kedah-Seberang Perai masih tidak cukup untuk menampung permintaan tempatan dan terpaksalah diimport dari Siam.
Justeru itu, harga beras sering dipengaruhi oleh faktor luaran sehinggakan kerajaan terpaksa mengawal harga beras supaya rakyat mampu untuk membelinya.

Beras juga mempunyai Gred tersendiri.

  • Super Tempatan (15%)

Beras ini merupakan beras hancur yang diberi subsidi dari kerajaan. Beras ini dijual khusus untuk orang miskin tetapi ia disalah guna dan dibeli oleh peniaga kerana harganya murah. 15% terdapat benda asing seperti batu dll.

  • Super Spesial Tempatan (10%)
Beras ini adalah beras yang masih dalam kawalan kerajaan tetapi tidak mendapat subsidi yang penuh. 10 % bermaksud terdapat kandungan asing dari beras dan beras hancur.

  • Super Spesial Tempatan (5%)
 Beras ini juga terdapat harga kawalan dan beras ini mendapat mutu yang tinggi sedikit berbanding beras lain kerana 5% benda asing sahaja. Harganya mahal sikit berbanding beras 15%.

Jadi bapa saya sering membeli beras 5% kerana kurang benda asingnya. Beras semuanya sama cuma yang berbeza hanya apabila dimakan kelak.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan