Sabtu, 28 Februari 2015

WAHAI DUIT, KENAPA SELALU KURANG...

Assalamualikum dan selamat petang.

Saya Luqman menyambung cerita saya dengan tajuk yang baru.
Cerita ini sering berlaku kepada semua orang. Di sini saya ingin kongsikan kepada para pembaca yang setia. Duit merupakan suatu benda yang sangat berharga pada era yang sangat mementingkan kebendaan. Tanpa duit manusia tidak dapat melakukan aktiviti harian dan akan menghadapi masalah ketika memerlukannya.

Sebagai pelajar universiti, saya perlu mengawasi perbelanjaan saya dengan betul supaya mempunyai simpanan pada esok hari. Setiap hari saya membuat belanjawan sebanyak RM 10 untuk makanan sahaja. Ini tidak termasuk perbelanjaan lain. Tetapi disebabkan taraf hidup yang tinggi di sini sering membuatkan berbelanja berlebihan. Justeru itu, saya terpaksa mengawal pemakanan saya dengan memilih makanan yang berkhasiat serta murah iaitu makan di kafe kolej.

Walaupun kerajaan memberi wang pinjaman kepada pelajar, tetapi ia masih tidak mencukupi ini memaksa ibu bapa memberi duti poket lebih. Syukur kepada Allah kerana yuran di IPTA negara ini sangat murah. Jadi saya berkongsi setakat ini sahaja semoga dapat menulis lagi di masa akan datang.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan