Jumaat, 20 Mac 2015

ALASAN

ASSLAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG...

Berdasarkan tema pada minggu ini yang berkisar tentang alasan. Setiap perbuatan manusia yang membawa kepada masalah sering disertakan dengan alasan. Sama ada ia munasabah atau tidak, itu perkara kedua.
  • Alasan seorang pelajar.
Apabila seorang pelajar sekolah, kolej dan universiti lambat atau tidak hadir ke kelas. Maka alasan yang paling biasa kita dengar ialah bangun lambat, tertinggal bas, sakit perut, dikejar anjing dan sebagainya. Namun alasan yang kita tidak pernah dengar ialah saya diculik oleh UFO dan saya masuk penjara.
  • Alasan seorang pekerja.
Apabila seorang pekerja lambat ke tempat kerja atau tidak hadir ke tempat kerja. Alasan umum yang digunakan ialah tersangkut dalam kesesakan trafik, bangun lambat, kenderaan rosak, berlaku kemalangan, sekatan jalan raya dan sebagainya. Tetapi alasan yang tidak pernah didengari ialah saya mahu berhenti kerja, saya mahu cuti lebih dan itu dah takdir.
  • Alasan seorang peniaga.
Apabila seorang peniaga ingin menaikan harga barang maka alasan yang biasa di berikannya ialah cukai baru kerajaan ma GST, harga barang import mahal ma, duit Malaysia jatuh ma, kilang mau angkat barang jauh ma dan sebagainya. Tapi alasan yang jarang, malah tidak pernah diberikan ialah saya mau untung lebih ma dan suka hati saya la.

Justeru itu setiap insan manusia pasti akan memikirkan alasan yang ingin diberi kerana manusia telah diberikan akal oleh Allah s.w.t untuk berfikir. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan