Jumaat, 27 Mac 2015

KALENDAR

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Pada maghrib ini saya ingin menceritakan tentang jenis kalendar. Di dalam dunia ini terdapat pelbagai kalendar, antaranya kalender Islam, masihi, Cina dan lain-lain lagi. Namun pada masa kini kerap digunakan kalender masihi.

  • Kalendar Islam.

Kalender Islam atau dikenali sebagai kalender hijrah. Ia terdapat beberapa bulan seperti Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syabaan, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Pada hari ini 6 Jamadilakhir tahun 1436 Hijrah. Kalender ini juga digunakan untuk menentukan bulan puasa, hari raya, maulidul rasul dan lain-lain lagi.

  • Kalendar Masihi.

Kalender Masihi atau dikenali sebagai sempena hari lahir Nabi Isa. Kalender ini dipelopori oleh orang Kristian. Tetapi di Malaysia kelender ini sering dipanggil sebagai kalender kuda kerana pada setiap hujung minggu terdapat simbol kuda. Bulan dalam kelender ini ialah Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember.

  • Kalendar Cina.
Kalender Cina telah digunakan sejak alaf ketiga sebelum masihi. Di dalam ini terdapat seperti perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Kuih Bulan dan lain-lain. Antara tahun yang terdapat ialah Babi, Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam dan Anjing.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan