Jumaat, 6 Mac 2015

WAHAI TISU...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM...

Saya menulis di sini untuk berkongsi apakah itu benda yang bernama tisu. Tisu merupakan perkara yang agak penting penggunaannya dalam kehidupan seharian. Apabila kita hendak bersin, kita akan menggunakan tisu atau kain kecil. Tanpanya orang di sekeliling mungkin dijangkiti kuman. Ketika di majlis kenduri kita akan kerap menjumpai di atas meja ialah tisu untuk mengelap tangan selepas membasuh.

Tisu juga terdapat pelbagai jenama dan jenis. Antaranya yang lembut dan nipis.


Selain itu, tisu juga menjadi nama makanan iaitu roti tisu. Roti tisu mempunyai bentuk yang sangat menarik dan menyelarakan. Ia sering dijual di kedai makanan mamak dan dapat dijumpai banyak di negeri Pulau Pinang. Cara makannya pun mudah kerana ianya tidak tebal dan diselaputi dengan susu pekat atau dicicah kuah kari.


Jadi nama tisu bukan sahaja kepada alat pembersihan tetapi ia juga menjadi nama makanan yang sering dimakan oleh penduduk Pulau Pinang. Namun sekarang roti tisu mudah untuk didapati di mana-mana sahaja.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan