Jumaat, 3 April 2015

PENGHUNI KETIGA

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Malam...

Penceritaan ini berlaku di sebuah kolej. Sudah berbulan-bulan saya sering dikacau oleh makhluk Allah. Makhluk ini sering muncul pada waktu malam dan menggangu penghuni kolej. Kewujudannya sering menimbulkan kesusahan dan kekacauan kepada saya dan penghuni asrama.

Makhluk ini bernama Tikus.

Makhluk ini sudah wujud dengan kita, ia digelar sebagai binatang perosak yang membawa penyakit. Antaranya ialah penyakit kencing tikus. Tikus juga sering memakan makanan yang dibiarkan di luar almari dan juga cuba untuk masuk ke dalam almari untuk makanan seterusnya.

Mujurlah pihak kolej menyediakan alat perangkap tikus ini. Jadi pada 2 hari lepas saya berjaya memerangkap tikus ini dan sengsara saya pun telah hilang. Tikus ini saya buang di Hutan dalam UKM.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan