Sabtu, 30 Mei 2015

NEGARA PENYABAR

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Pada pagi ini saya akan mencerita tentang sebuah negara yang penyabar di dunia. Negara ini antara yang paling penyabar di dunia.

Negara ini terletak di kawasan perdagangan dunia dan pernah dikenali sebagai Bumi Emas. Negara ini pernah di jajah oleh British, Portugis dan Jepun. Negara ini juga pernah alami krisis perkauman, kemelesetan ekonomi, serangan konfrontasi dari negara jiran dan kemerdekaan.

Namun negara ini tetap sabar. Selepas dijajah, negara tidak membenci negara penjajahnya malah bekerjasama sehingga kini. Melakukan perdagangan, diplomatik dan sebagainya. Walaupun berlaku krisis perkauman, negara ini tidak menghapuskan etnik kaum lain seperti di negara jiran bangladesh. Malah cuba memupuk perpaduan dan tidak peduli kritikan dari media barat yang berat sebelah.

Apabila kemelesetan ekonomi, negara itu cuba bangun dari masalah dengan cara tersendirib  serta cuba membantu orang lain. Selepas konfrontasi dari negara jiran, negara ini tidak pernah mengungkit kisah tersebut malah cuba melupakannya tetapi negara tersebut masih menyebarkan sentimen kebencian terhadap negara ini. Walaupun dicerca, diejek, dimalukan di antarabangsa negara ini sabar. NEGARA ini adalah NegaraKu. Semoga Allah sentiasa merahmati negara ini hingga ke hari kiamat.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

    LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan