Khamis, 4 Jun 2015

AKHIRNYA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Akhirnya, tamat sudah semester ini dengan kesedihan dan kegembiraan. Walaupun semester ini telah tamat tetapi usaha perlu berterusan pada semester akan datang.

Apabila hampir tamat kelas pada hari jumaat ini saya berasa agak sedih dan sebak kerana sudah tidak dapat berjumpa pensyarah pada setiap minggu lagi selepas ini dan kalau jumpa pun hanyalah bertegur sapa sahaja. Kemesraan yang terjalin sesama pelajar dan pensyarah akan kurang kerana masing-masing mempunyai urusan tersendiri. Betul jugalah orang pernah berkata setiap pertemuaan mempunyai perpisahan.Jika tidak mempunyai perpisahan hidup ini tidak akan bermakna.

Pada kelas terakhir aplikasi komputer pensyarah saya En Azzwan telah mengambil gambar beramai-ramai dengan kelas. Ini akan menjadi pengalaman yang sangat terindah ketika saya memilih kelas ini. Yang penting perlu mendapat keredahaan daripada para pendidik-pensyarah dan Allah untuk berjaya dalam hidup.

Sekian, Terima Kasih.

     LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan