Jumaat, 8 Mei 2015

ADAB

Assalamualaikum dan Selamat petang diucapkan...

Pada petang ini saya ingin berkongsi tajuk berkenaan dengan adab. Semua perkara yang dilakukan mempunyai adab. Adab dengan orang tua, adab menuntut ilmu, adab berjiran, adab semasa memandu dan banyak lagi.

Adab dengan orang tua ada banyak pantang larangnya. Walaupun dilihat seperti berat tetapi ia merupakan amalan yang baik untuk dilaksanakan. Apabila anak muda lintas depan orang tua maka mereka akan membongkokan sedikit badan sebagai hormat. Apabila salam tangan orang tua akan dicuim oleh orang muda. Jangan menyampuk apabila orang tua bercakap dan banyak lagi.

Adab menuntut ilmu juga penting kerana ilmu itu mulia. Apabila hendak mula menuntut ilmu bagi orang islam perlu dimulakan dengan bismillah. Datang kelas tepat pada masanya. Menjaga buku seperti nyawa. Tidak memperlekehkan apa jua ilmu yang dipelajari.

Adab berjiran penting untuk mewujudkan komuniti yang bagus dikalangan masyarakat. Ketika sapu sampah jangan sampai sampah itu ke rumah jiran. Selalulah menegur jiran apabila terserempak. Selalu bertukar-tukar buah tangan dengan jiran. Jangan mengumpat jiran.

Adab memandu juga penting supaya dapat menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Ketika memandu pastikan periksa dahulu keadaan kenderaan. Pastikan cukai jalan masih hidup sebagai keselamatan. Jangan buang sampah semasa memandu. Bersabar ketika memandu.

Apabila semua adab diikut maka semua orang akan menjadi tenang.
Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.
LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan