Rabu, 27 Mei 2015

JENAMA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang jenama. Semua barang di dunia ini terdapat jenama. Mungkin jenama melambangkan kualiti dan harga.

Jenama pada pakaian dan alatan sukan.
Yang kita kenali di mata dunia ialah Adidas, Nike, Umbro, Puma, Converse dan banyak lagi. Apabila kita mendengar jenama ini kita akan yakin dengan kualitinya walaupun harganya mahal. Selain itu seni reka yang menarik akan menarik perhatian kita.

Jenama pada kenderaan.
Antara yang terkenal ialah Toyota, Honda, Mitsubishi, BMW, Lamborgini, Ferrari dan banyak lagi. Tetapi bagi rakyat tempatan kereta buatan Jepun lebih jimat minyak dan tahan lasak berbanding kereta Barat. Kereta buatan barat hanya lebih kepada mewah. Kereta tempatan pula untuk golongan biasa.

Jenama pada makanan.
Jikalau makanan itu terkenal maka seperti Ferrorche, Biskut Jacob dan banyak lagi. Tapi jika disebut makanan tradisional seperti goreng pisang, nasi goreng kampung dan lain-lain kita akan makan dengan perasaan biasa sahaja berbanding makanan terkenal.

Jenama pada alatan peperangan.
Sedangkan alat peperangan pun terdapat jenama sedangkan barang lain. Antara jenama ialah Eurofighter (Eropah), Sukhoi (Rusia), MiG (Rusia), Falcon (Amerika) Hawk (Amerika) dan banyak lagi. Jika kita perasaan harga alat peperangan buatan Amerika agak mahal berbanding buatan Rusia. Ini kerana Rusia dianggap negara komunis. Tapi tidak lagi kerana mereka adalah pengeluar senjata terbesar di dunia.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

     LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan