Jumaat, 29 Mei 2015

CERITA BARAT

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Kita semua tahu bahawa cerita barat sangat menarik berbanding cerita tempatan. Jadi saya akan ceritakan kelebihan dan kekurangannya.
 Kelebihan.

Cerita barat ini dihasilkan dengan penuh teliti dan menarik. Teknologi yang digunakan juga canggih dan maju. Setiap filem memakan masa selama 1-3 tahun untuk menyiapkannya. Modal penghasilan filem juga besar sehingga berbillion dolar. Dan hasil pungutan juga berbillion dolar. Jalan ceritanya juga menarik dan diluar pemikiran manusia biasa.

Kekurangan.

Cerita barat yang hebat pun wujud kekurangannya. Kebanyakan babak yang ditonjolkan mesti terdapat babak romantik seperti cium, berpelukan dan sebagainya. Ini akan menjejaskan pemikiran orang lain terutamanya orang Islam. Kerana perkara tersebut adalah haram. Selain itu, dalam cerita mereka terdapat unsur karut dan tahyul sehingga boleh terpesong akidah umat Islam. Ini mungkin kerana pemgaruh kaum yahudi dalam cerita tersebut.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

     LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan