Jumaat, 1 Mei 2015

10

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Pada minggu ini telah masuk kepada minggu yang ke sepuluh pembelajaran saya. Banyak telah saya pelajari tentang komputer, Words, Power Point, Excel dan Access. Serta tentang komputer seperti mendaftarkan perisian yang "Crack", Anti-Virus dan banyak lagi.

Pada malam in saya ingin menceritakan tentang kelebihan mempelajari ilmu mengenai komputer walaupun tidak sedalam mana. Sebab kita tidak akan menjadi kaku apabila melihat orang lain menggunakan aplikasi dalam komputer begitu mahir sehingga kita tergamam.

Pertama, apabila kita pergi temuduga untuk memasuki alam pekerjaan. Kita mesti sering menulis di dalam "resume" bahawa kita mahir dalam menggunakan words, power point, excel dan lain-lain lagi. Tetapi hakikatnya ia sekadar di atas kertas. Jika penemuduga tersebut bertanyakan soalan sedikit tentang komputer maka kita akan memalukan diri sendiri kerana telah menipu untuk mendapatkan pekerjaan.

Kedua, apabila sahabat kita yang di fakulti lain ingin membuat kerja laporan yang menggunakan aplikasai komputer yang sedikit terperinci maka kita boleh membantu. Ini kerana ilmu benar yang disebarkan tidak akan terhenti begitu sahaja, selagi kita menyampaikan maka ia akan berterusan dan kita akan mendapat pahala dari Allah.

Ketiga, ia akan menambahkan ilmu kita sebagai seorang pelajar dan manusia. Mungkin bidang yang kita pelajari tidak bersangkut-paut dengan komputer tetapi ilmu ini akan berguna pada masa hadapan apabila kita membeli komputer yang mahal dan canggih tetapi malang tidak dapat menggunakan fungsi tersebut sepenuhnya. Setiap ilmu yang dipelajari tidak membazir kerana semua ilmu datang dari Allah. Kita hanya meminjam.

Jadi, setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.
LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan