Rabu, 20 Mei 2015

AMALI MAKMAL

Assalamualaikum dan Selamat Malam diucapkan...

Pada malam ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai amali makmal yang telah saya lalui.

Pada amali makmal pertama saya rasa dapat membuat dengan elok. Ini kerana saya sudah biasa dengan "microsoft word", "microsoft excel". Tapi saya bersyukur kerana pensyarah saya telah mengajar dengan baik sekali. Namun masalah tetap timbul ketika saya menjawab amali makmal 1.

Bersyukur juga kerana dibenar untuk membawa nota sendiri sebagai rujukan semasa amali makmal. Cuma kesilapan berlaku kerana terlalu berdebat ketika menjawab.

Pada amali makmal kedua, ia berkisar mengenai "microsoft access". Ini merupakan pertama kali saya mengendalikan perisian tersebut. Walaubagaimanapun saya telah diajar cara penggunaan dengan cemerlang sekali oleh pensyarah saya.

Saya bersyukur juga kerana sempat siapkan amali makmal pada masanya walaupun mengalami masalah dipertengahan jalan kerana ketika membuat amali tersebut terikus saya rosak dan memaksa saya untuk membuat semula di komputer lain.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

     LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan