Khamis, 30 April 2015

MANGKUK

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Pada malam yang tenang ini saya ingin menceritakan tentang penggunaan perkataan "Mangkuk". Sering kali kita mendengar bahawa mangkuk digunakan untuk peralatan bagi makan dan kehidupan harian.

Mangkuk bagi pinggan.  Apabila kita ingin memakan sesuatu makanan yang mempunyai kuah @ sup yang melimpah. Kita memerlukan pinggan yang mempunyai bentuk lekuk di tepi supaya kuahnya tidak tumpah dan memudahkan kita untuk makan.

Mangkuk bagi tandas. Dalam setiap bangunan, rumah, pejabat dan lain-lain tempat mempunyai mangkuk tandas dimana ia menjadi keperluan orang ramai. Malah tanpanya manusia akan menjadi susah untuk meneruskan kehidupan. disebabkan ia berbentuk seperti mangkuk pada peralatan makanan maka ia juga di panggil mangkuk. Malah dalam bahasa inggeris juga disebut "Bowl" untuk mangkuk makanan dan "Toilet Bowl" untuk mangkuk tandas.

Manusia seperti mangkuk. Mungkin bagi sesetengah kawasan perkataan ini jarang di dengari. Tapi bagi kawasan utara tanah air. Perkataan ini sering digunakan sebagai perkataan yang kesat dan memaki-hamun. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membuat perkara yang tidak betul akan dimaki seperti ini, "Awat la hang ni mangkuk sangat, aq tunggu hang lama tau". Tetapi bagi orang utara perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi hidup mereka terutamanya golongan remaja.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.
LUQMAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan