Isnin, 20 April 2015

PEREBUTAN WILAYAH DI DUNIA

ASSAMALMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM...

Saya hari ini ingin berkongsi tentang perebutan wilayah kepulauan Spratly di kawasan Laut China Selatan.
Kepulauan ini dituntut oleh beberapa buah Negara. Antaranya, Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam, China dan Taiwan. Namun China telah menuntut kesemua wilayah yang terdapat di kepulauan Spratly dan menafikan hak dari Negara lain. Ini mencentuskan kemarahan Negara serantau terutamanya Negara Asean. Ini kerana kepulauan ini mempunyai banyak galian minyak, sumber maritime serta menjadi laluan utama kapal dagang.

Walaupun tuntutan China belum lagi mendapat pengiktirafan Dunia. Namun China memulakan langkahnya dengan membuat passport yang tertera wilayah China serta kepulauan Spratly. Ini tidak terhenti begitu sahaja, kerana sehingga ke hari ini China menggambil langkah yang drastik dengan membina markas tentera di terumbu karang kepulauan Spratly. Apabila siap ia akan dilengkapi dengan lapangan terbang, pelabuhan kapal serta kemudahan ketenteraan yang lain.
 
Walaupun ia masih dalam pembinaan namun selepas siap kemudahan tenteraan ini akan menggugat keamanan sejagat kerana China mampu menyerang ke serata Negara Asean, Australia dan kepulauan Hawai. Jadi jika ini dibiarkan akan menimbulkan masalah pada masa hadapan.
 
Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.
 
Sekian, Terima Kasih.
 
LUQMAN

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan