Jumaat, 17 April 2015

REALITI

Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan.

Hari ini saya ingin membuat perkongsian yang benar. Cerita ini berkisah tentang kejadian yang berlaku pada masa kini. Iaitu duit.

Kita sering dengar bahawa duit bukan segala-galanya. Tapi sekarang semua perkara memerlukan duit. Duit untuk belanja harian, makanan, beli rumah dan lain-lain lagi.
Keadaan ekonomi yang tidak stabil, ditambah lagi dengan inflasi yang tinggi dan pengenalan cukai baru GST yang membebankan rakyat. Pengalaman saya mengunting rambut di kedai mamak pun dikenakan GST.
Bagi pelajar jurusan ekonomi, saya rasa terdapat banyak cara lagi untuk menurunkan inflasi selain dari pengenalan cukai baru GST. Contohnya, membuat dasar harga maksimum dan kurangkan perbelanjaan kerajaan.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

             LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan