Ahad, 26 April 2015

LAMBAT

Assalamualaikum dan Selamat Petang....

Pada hari ahad yang sejuk akibat hujan pada petang ini saya ini berkongsi sesuatu dengan pembaca semua. Pada suatu malam yang sunyi semasa cuti pertengahan semester.

Pada malam tersebut saya dengan sahabat saya dalam perjalanan untuk pulang bercuti pertengahan semester. Saya seorang yang tidak suka membuat kerja dengan lambat. Sebab itu saya membeli tiket bas sebulan lebih awal.

Ini kerana tabiat saya yang tidak suka membuat kerja lambat jadi pada malam berkenaan saya dengan sahabat tunggu bas angkut-angkut untuk ke stesen bas. Sebelum pergi juga kami telah solat isyak terlebih dahulu.

Kami tunggu bas angkut-angkut pada pukul 9.30 malam tapi bas kami bergerak pada pukul 11.30 malam. Kami menganggap bahawa 2 jam dari waktu perjalanan adalah cukup supaya tidak lambat untuk ke stesen bas.

Pada mulanya kami tunggu di tempat perhentian bas dan beranggapan ia masih awal tapi saya sudah resah kerana pukul 10.30 malam bas angkut-angkut masih belum tiba dan ini berlanjutan hingga pukul 11.00 malam. Saya sangat risau jikalau lambat ke stesen bas. Jadi kami sudah memaki hamun pemandu bas terbabit kerana lambat.

Pada pukul 11.15 baru bas angkut-angkut itu tiba. Kami pun akhirnya lega sedikit. Apabila tiba di setesen bas nasib baik bas jarak jauh masih belum bertolak. Kami pun bersyukur kerana sempat sampai walaupun lambat tiba di destinasi.

Jadi, setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.
LUQMAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan