Jumaat, 3 April 2015

PERATURAN

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Malam...

Perkongsian pada tengah malam ini adalah untuk memberitahu bahawa setiap perkara di dunia ini mempunyai peraturan. Walau dimana kita berada, peraturan sentiasa wujud cuma ia terserah kepada kita untuk memetuhinya ataupun tidak mematuhinya.
Contoh paling mudah untuk diambil ialah peraturan di Universiti.
  • Peraturan termudah ialah setiap warga Universiti wajib memakai kad Matrik. Tetapi malangnya ia tidak diendahkan oleh pelajar serta pensyarah. Pelajar hanya memakainya pada awal semester bagi pelajar tahun satu. Dan badan uniform yang mewajibkan mempamerkan kad matrik.
  • Peraturan tentang petak parkir. Di Universiti selalunya terdapat masalah kekurangan tempat letak kereta parkir. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk meletak kenderaan di merata-rata tempat sesuka hati. Ini akan menyukarkan pihak lain dan menyebabkan kekesakan jalan raya.
  • Peraturan pakaian bagi pelajar. Setiap Universiti telah mengeluarkan contoh pakaian yang mengikut kriteria. Namun para pelajar tidak mengikuti peraturan tersebut. Ada pelajar yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan tidak menutup aurat bagi yang muslim. Sehinggakan pakaian tersebut menyerupai seperti tukang cuci. Bukan ingin menyatakan tukang cuci itu hina tetapi untuk menunjukkan ciri seorang pelajar.
  • Peraturan tentang kehadiran ke kelas di Universiti. Bagi pelajar kehadiran ini dianggap tidak penting tetapi sebenarnya jika satu kelas di tinggalkan maka satu bab kita telah rugi kerana tidak hadir. Selain itu, jika tidak cukup kehadiran sebanyak 70% para pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir. Ini akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.
Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan