Isnin, 20 April 2015

FANTASI

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Bersedianya jari-jemari saya pada malam ini untuk menekan papan kunci komputer riba adalah untuk menceritakan tentang alam fantasi yang disukai ramai.

Fantasi adalah suatu keadaan dimana kesemua perkara yang dihajati akan kesampaian seperti Syurga. Namun bagi dunia sebenar yang bersifat sementara ini fantasi hanyalah satu angan-angan kosong. Ini kerana kesemua yang dihajati tidak kesampaian dan lain pula hasil impian yang diperoleh.

Bagi saya, saya ingin hidup di dalam dunia yang tidak diganggu. Aman damai tanpa berlaku kecurian, penipuan, peperangan, perpaduan ummah, bencana alam dan lain-lain lagi keseronokan. Tapi ia semua hanya dapat dicapai apabila kita memasuki Syurga Allah.
Di dunia ini terdapat banyak kerosakan yang dibuat oleh manusia sendiri antaranya, penceraman alam sekitar, memotong bukit dan gunung-ganang, kerosakan akidah, mencuri, menipu, hubungan sejenis, rasuah dan lain-lain lagi perkara yang keji.
Kita sudah tahu bahawa sejak dari dulu lagi kaum Israel adalah kaum yang terpilih dan diberi pelbagai keistimewaan. Sehinggakan mereka menyangka bahawa tidak ada kaum lain yang layak untuk hidup selain kaum mereka kerana mereka adalah yang terpilih.
Justeru itu, mereka sering melakukan kerosakan di dunia ini melalui pelbagai cara. Pernah juga orang mengatakan negara USA itu adalah boneka mereka serta merekalah yang menubuhkan negara USA sejak 400 tahun yang lalu. Serta beberapa badan dunia lain dalam kawalan mereka.

Untuk mengelak daripada masalah ini adalah mustahil dan angan-angan yang ingin dicapai adalah fantasi.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.
LUQMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan