Khamis, 26 Februari 2015

ME

Asslamualaikum dan selamat petang...

Nama yang diberi ialah Muhammad Luqman Bin Ridzuan. Berumur 20 tahun. Saya lahir serta
menetap di Pulau Pinang di bandar bernama Butterworth di kawasan Telok Air Tawar https://. Tetapi saya bukan orang bandar kerana rumah saya di kawasan kampung. Saya merupakan anak ke-4 dari lima adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik. Saya masih bujang dan sedang mencari sesuatu yang baru dalam kehidupan ini.

Saya suka dengan kehidupan saya di kawasan kampung kerana ia aman dan tenteram tanpa gangguan. Malah saya lebih suka tinggal di kawasan  yang kurang membangun kerana saya melihat pembangunan yang sangat pesat di kawasan bandar Georgetown serta di bandar lain membawa pelbagai masalah antaranya harga rumah yang sangat mahal, masalah sosial dan jenayah.

Tetapi sejak kebelakangan ini saya melihat banyak masalah berlaku di kawasan perumahan saya. Budak-budak sekolah makin tidak menhormati orang tua dan bersikap kurang ajar. Kehadiran ramai pekerja kontrak warga asing juga membuatkan saya kurang selesa kerana risau akan keselamatan saya dan keluarga.

Dari tadika sehingga ke sekolah menengah, saya tinggal dan belajar di kawasan Telok Air Tawar, Butterworth. Saya tinggal di Butterworth selama 18 tahun sehinggalah saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis pada umur 19 tahun dan menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2014. Jadi saya berharap dapat menamatkan pengajian di UKM ini dengan ijazah kelas pertama. Seterusnya mendapat kerja yang sesuai serta berbakti semula kepada agama, keluarga, bangsa dan Negara.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Sekian, Terima Kasih.

LUQMAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan