Jumaat, 13 November 2015

Menemuramah Responden Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 5/11/2015 kumpulan kami telah menemuramah seorang responden yang merupakan pelajar etnik Punjabi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina tahun 2. Beliau menetap di Kolej Burharudin Helmi dan berasal dari Kuala Lumpur. Responden kami ini merupakan pelajar wanita yang bernama Simreth Kaur Dhaywal A/P Ajit Singh.

Pertemuan kami telah dilakukan di Perpustakaan Tun Seri Lanang pada waktu 2.30 petang hingga 4.30 petang. Pelbagai soalan telah kami ajukan kepada beliau. Seperti:

1. Kenapa orang Punjabi ini datang ke Tanah Melayu?
2. Perayaan orang Sikh di Malaysia?
3. Agama yang dianuti orang Punjabi?
Dan lain-lain.

Disini disetakan sekali gambar sewaktu sesi menemuramah beliau.






Khamis, 12 November 2015

Kertas Kerja Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Selepas kami membuat pembetulan pada kertas kerja pertama, kami telah menghasilkan kertas kerja yang kedua untuk disemak oleh pensyarah kami. Tetapi kami masih mendapat banyak pembetulan serta cadangan yang diberikan kepada kami untuk dilakukan.


Tetapi kami masih berusaha untuk membuat yang terbaik.

Rabu, 11 November 2015

Kertas Kerja Pertama

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bagi memulakan tugasan kami, kami telah membuat kertas kerja untuk disemak oleh pensyarah kami supaya dapat memberikan gambaran tentang apa yang kami hendak kaji dalam etnik Punjabi ini.

Ini menunjukkan bahawa kertas kerja kami masih perlu dibaiki kerana tidak lengkap sepenuhnya.

Selasa, 10 November 2015

Kumpulan Merah Putih Biru Kuning

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada mulanya, kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami dahulu. Kumpulan ini terdiri daripada 8 orang ahli. Kumpulan ini dibentuk untuk memenuhi kriteria subjek Hubungan Etnik LMCW 2173 yang dibimbing oleh Puan FATIN HAZWANI @ HASIDAH BINTI SIRAN. Kumpulan kami telah memilih untuk mengkaji tentang etnik Punjabi di Malaysia.

Kelapan-lapan jejaka ini merupakan ahli kumpulan Merah Putih Biru Kuning.