Isnin, 7 Disember 2015

LAPORAN AKHIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Akhirnya laporan akhir kami telah siap untuk dihantar.


Sabtu, 5 Disember 2015

LAWATAN KUMPULAN KE GURDWARA SAHIB PETALING JAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 22/11/2015 yang lalu kumpulan kami telah membuat lawatan ke lokasi kajian kami di GURDWARA SAHIB PETALING JAYA untuk menemuramah responden. Terdapat 3 responden yang kami sempat untuk menemuramah.

  • Kami baru tiba di GURDWARA SAHIB PETALING JAYA (GSPJ).


  • Beberapa sukarelawan sedang menyediakan makanan (vegetarian) di GSPJ.

  • Bosan dan gementar untuk menemui pengurus GSPJ.

  • Semasa menemuramah responden pertama, Pengurus GSPJ En Jaspal Singh (62 tahun). 



  • Menemuramah responden kedua, Leftenan Kolonel (B) Narvinder Singh (70 tahun) dan keluarga yang sedang melakukan sembahyang upacara kematian (adik kepada si mati) di GSPJ. 


  • Menemuramah responden ketiga, En Kashminder Singh (44 tahun) jurutera dan merupakan anak saudara kepada Leftenan Kolonel (B) Narvinder Singh.




  • Keadaan di dalam dewan sembahyang di GSPJ.


  • Selepas semua kerja telah selesai, maka berselfielah kami semua.


Sekian, Terima Kasih...


Jumaat, 13 November 2015

Menemuramah Responden Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 5/11/2015 kumpulan kami telah menemuramah seorang responden yang merupakan pelajar etnik Punjabi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina tahun 2. Beliau menetap di Kolej Burharudin Helmi dan berasal dari Kuala Lumpur. Responden kami ini merupakan pelajar wanita yang bernama Simreth Kaur Dhaywal A/P Ajit Singh.

Pertemuan kami telah dilakukan di Perpustakaan Tun Seri Lanang pada waktu 2.30 petang hingga 4.30 petang. Pelbagai soalan telah kami ajukan kepada beliau. Seperti:

1. Kenapa orang Punjabi ini datang ke Tanah Melayu?
2. Perayaan orang Sikh di Malaysia?
3. Agama yang dianuti orang Punjabi?
Dan lain-lain.

Disini disetakan sekali gambar sewaktu sesi menemuramah beliau.